Selasa, 10 Februari 2009

UMNO BN.Lihatlah Kuasa Allah

TIADA PILIHANRAYA KECIL DI KEDUA-DUA BUKIT IAITU BKT GANTANG & BKT SELAMBAU? ~ Ref Malaysiakini

BN sudah tentu mengharungi rintangan yang sangat dahsyat untuk 'mendaki' kedua-dua bukit iaitu Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Kalau sebelum ini BN tersungkur di atas permatang (Permatang Pauh) dan dihanyutkan arus deras ke kuala (Kuala Terengganu), kini BN terpaksa mendaki bukit yang curam sedangkan tenaga mereka sudah hampir kehabisan. Kalau diibaratkan Ultraman, lampu di dadanya sudah berkelip dan berbunyi memberi amaran bahawa kuasa dan tenaga Ultraman sudah kehabisan.
Kalau boleh BN (khasnya Umno) akan mencari seribu helah untuk mentiadakan Pilihanraya Kecul (PRK) di kedua-dua bukit tersebut.


KUASA ALLAH MERANAPKAN KUASA NAJIB


Najib sebagai pangliman lembik BN sudah pasti akan mencari apa juga alasan dan helah untuk memastikan PRK tersebut tidak menjadi kenyataan. Namun kali ini Najib tidak dapat mencari helah. Mungkin beliau dapat memperkudakan SPR untuk membatalkan PRK Bukit Selambau buat sementara tetapi SPR sudah pasti terpaksa mengadakan PRK di Bukit Gantang kerana Allahyarham Hj Roslan Shaharum memang betul-betul meninggal dunia bukan main-main.

Jadi oleh kerana Najib dan BN tidak dapat berbuat apa-apa terpaksa juga 'mendaki' Bukit Gantang dan Bukit Selambau maka sudah tentu mereka akan mencari seribu satu helah dan taktik untuk mengalahkan PR yang sememangnya berada dalam keadaan terbaik berikutan mood rakyat yang sangat menyebelahi PR sekarang.
Malah Najib sudah pasti terpaksa menghadapi mimpin ngeri ini kerana kedua-dua kerusi ini menyaksikan bilangan pengundi bukan Melayu yang ramai di mana Bukit Gantang mempunyai kira-kira 35 % pengundi Bukan Melayu manakala Bukit Selambau mempunyai lebih dari 40 % pengundi India dan Cina.
Pengundi India dan Cina jelas terus memberikan sokongan kepada PR seperti yang ditunjukkan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Walaupun di Kuala Terengganu BN masih memenangi peti undi bukan Melayu namun peningkatan undi PR yang mendadak sudah tentu menggerunkan Najib dan kuncu-kuncunya.

Saya mendoakan seluruh pengundi di kedua-dua bukit bangkit menyatakan bantahan semaksima mungkin bagi mengajar BN dan Umno yang biadap, sombong, bongkak dan berperangai umpama perompak dan penyamun yang merampas kerajaan negeri Perak secara tidak bertamadun.

Mari sama-sama kita ajar BN dan Umno dengan memberikan pukulan KO di kedua-dua bukit ini. Alangkah baiknya kalau BN terkulai di atas kedua-dua bukit ini dengan kekalahan yang memalukan mungkin dengan hilang wang pertaruhan (deposit).

Allahu Akhbar