Selasa, 10 Februari 2009

"Kerajan BN' SAH?

Mana Hujah Dan Fakta "Kerajan BN' SAH?
Oleh Angkasauri

Sehingga hari ini saya masih belum menemui dan membaca sebarang hujah da n fakta bahawa 'kerajaan BN' di Perak adalah sah. Semua media dan blog pro umno sehingga hari ini masih belum dan gagal mengemukakan fakta dan peruntukan undang-undang serta pelembagaan tentang 'keabsahan' 'kerajaan BN' di Perak. Setakat ini hanya logik akal dan pandangan yang bersifat emosional sahaja untuk mengesahkan 'kerajaan BN' di Perak.



Kalau setakat berhujah, Sultan dah restu dan BN dapat lebih kerusi itu hujah budak-budak sekolah. Begitu juga kalau setakat berkata, rakyat tak boleh menderhaka pada raja-raja Melayu itu hujah dalam kitab Sejarah Melayu yang saya belajar dulu!

Cabaran saya kepada mereka yang mengatakan 'kerajaan BN' adalah sah sila nyatakan dan kemukakan hujah berdasarkan undang-undang dan pelembagaan.

Jadi apa lagi yang ingin dipertahankan? Mereka tidak boleh melenting kalau dikatakan 'kerajaan BN' di Perak kerajaan Lanun, kerajaan zionis, kerajaan samseng atau menurut Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai kerajaan haram kerana BN dan Umno sehingga hari ini masih tidak mampu berhujah dari segi fakta dan pelembagaan untuk menghalalkan tindakan mereka di Perak.

Syabas dan tahniah kepada media alternatif dan bloggers yang dapat berhujah dengan fakta dan ilmiah.