Isnin, 9 Februari 2009

Adun Bukit Selambau Kekal Adun

Malaysiakini : Anggota Exco Kedah V Arumugam hari ini mengumumkan letak jawatan sebagai Exco tetapi masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sementara itu, sumber-sumber pejabat menteri besar berkata, Azizan akan menghadap Sultan kedah jam 5 petang ini, untuk memaklumkan peletakan jawatan Arumugam sebagai exco, berkuatkuasa semalam (8 Februari).